fbpx

Cuaca baik di Semenanjung hingga 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Metreologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik melibatkan kawasan Semenanjung hingga pukul 3 petang ini.

MetMalaysia menerusi laman sesawangnya berkata, namun ribut petir serta hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Sarawak, kawasan yang terlibat dengan cuaca buruk adalah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikie, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau).

“Diramal berlaku di Sabah adalah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam laman sesawangnya, mengeluarkan amaran paras air di Punan Bah B, Kapit, Sarawak, dengan bacaan 10.47 meter (m) dengan trend meningkat.

“Pada tahap berjaga-jaga pula melibatkan Sungai Sibiu, Bintulu; Kuala Tutong, Miri dan Long Teru, Miri,” ujarnya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI