PETALING JAYA – Tidak mampu berdiam diri dengan tuduhan melampau, pelakon Zarina Zainuddin tampil mempertahankan diri berhubung perubahan bentuk muka, terutama hidungnya yang sangat ketara berbanding sebelum ini.
Menurut pelakon juga usahawan itu, benar dia menjalani pembedahan hidung tetapi dilakukan atas alasan perubatan kerana mengalami masalah sinus dan migrain yang teruk.
Menurut Zarina, 52, penyakit sinus dan migrain dihidapinya memberi kesan yang teruk pada dirinya sebelum ini dan memerlukan pembedahan untuk membuang bendalir daripada hidung.
“Saya ada masalah sinus dan migrain yang teruk sampai tidak boleh bercakap.
“Masalah sinus ini membuatkan saya selalu sakit kepala dan berasa nak marah saja sehingga buatkan saya ingin hantuk kepada ke dinding
“Rasa sakit teramat itu juga buatkan saya rasa mahu membuka tudung kerana sudah tidak larat lagi untuk melaluinya,” katanya dalam Instagram.
Dalam video sama, dia juga menyelar tindakan segelintir individu yang melemparkan tuduhan sesuka hati tanpa mengetahui hal sebenar.
“Saya jalani pembedahan dan doktor ‘buka’ hidung ini dan buang semua bendalir. Ingat saya nak hidung begini? Hidung saya sebelum ini lagi cantik.
“Semua ini perlu dilakukan atas alasan perubatan.
“Kepada mereka terus menjatuhkan hukum, jumpa saya minta maaf sebelum saya mati atau cari saya di akhirat. Baca komen sampai pun saya asyik menangis sehingga sakit kepala,” katanya lagi.
Ujarnya pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu, anaknya, Azal turut menghidapi penyakit sama sepertinya.
“Azal pun alami masaalah yang sama tetapi saya tak sanggup nak lakukan pembedahan padanya sebab keadaan dia begitu dan hanya
makan ubat sahaja.
“Saya terima keadaan diri begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan. Sedapnya cakap hati orang terluka tetapi anda boleh ketawa ya,” ujarnya.
Terdahulu, dia menerima pelbagai kecaman dan tuduhan mengenai perubahan bentuk hidung selepas memuat naik beberapa hantaran Instagram baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE