fbpx

500 pekerja Jakel masih bertugas, tidak dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pemeriksaan masih dijalankan pihak bomba di sekitar lokasi kejadian. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Nasib seramai 500 pekerja Jakel cawangan Shah Alam yang musnah dalam kebakaran masih terbela dan meneruskan pekerjaan seperti biasa.

Jurucakap pengurusan syarikat tekstil itu berkata, kesemua pekerja itu masih meneruskan tugas di tiga cawangan lain di sekitar Lembah Klang.

“Mereka antaranya ditempatkan di cawangan Kuala Lumpur, Bangi dan Bandar Tun Hussien Onn

“Tiada yang diberhentikan kerja dan mereka masih dibayar gaji sehingga kini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, Jakel sentiasa berpegang kepada prinsip membela nasib pekerja sejak sekian lama.

“Biarpun musibah melanda, syarikat tidak akan meminggirkan pekerja yang turut terjejas.

“Jakel akan memikirkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membina bangunan baharu di Shah Alam,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai tidak terus membuat spekulasi negatif mengenai kebakaran tersebut di media sosial.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel menyangkal dakwaan kebakaran itu sebagai tindakan membuat tuntutan insurans yang disifatkan tidak masuk akal.

Ini berikutan Jakel cawangan Shah Alam itu adalah kedua termaju selepas Jakel Mall Kuala Lumpur. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI