fbpx

2,016 saman sepanjang Op Ambang Tahun Baharu di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengeluarkan sejumlah 2,016 saman sepanjang Op Ambang Tahun Baharu 2023 yang dijalankan dalam tempoh tiga hari bermula 30 Disember 2022 hingga 1 Januari lalu

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, menerusi operasi itu juga sebanyak 146 buah kenderaan disita manakala tujuh individu ditahan atas pelbagai kesalahan.

Antara yang dikesan membabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dadah.

“Op Ambang Tahun 2023 melibatkan 1,294 pegawai dan anggota memfokuskan kepada pencegahan jenayah dan samseng jalanan secara bersepadu dengan agensi lain.

“Bagi memastikan Tahun Baharu 2023 tidak dikotori dengan kegiatan samseng jalanan, polis bersama Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar mengadakan sekatan jalan bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurut beliau, polis juga menjalankan operasi pencegahan jenayah di kawasan tumpuan ramai dan hasilnya 61 premis pusat hiburan dan 5,340 kenderaan telah diperiksa.

“Seramai 6,427 individu diperiksa dan diuji air kencing. Daripada jumlah itu, 71 individu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Senjata Api 1971, Akta Racun, Akta Dadah Berbahaya,Akta Pertubuhan dan lain-lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI