fbpx

Tua adalah kejatuhan – Nik Abduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Mohamad Abduh.

PETALING JAYA – Seorang pemimpin Pas hari ini mendakwa jenama Barisan Nasional (BN) yang terlalu lama, kusam dan tiada sentuhan pembaharuan antara faktor utama kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh berkata, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) pula lebih muda, baru dan menarik.

“Ia lebih kuat untuk menarik pengundi baru. Tua adalah kejatuhan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, faktor kedua kekalahan BN adalah perpecahan dalaman yang tidak diubati menyebabkan parti itu menyertai PRU15 dengan hati yang terpecah-pecah.

Kata beliau, dengan bebanan berat itu, ketika kempen PRU15, BN tiada kekuatan untuk menangkis segala serangan sehingga hari mengundi menyebabkan BN kelihatan amat malap.

“Kedua-dua faktor di atas adalah sunnah dan aturan Allah di dalam jatuh bangun hidup manusia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI