fbpx

Sze Fei harap mula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (kanan) dan Nur Izzuddin mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing meskipun sudah dipujuk oleh BAM.

PEMAIN beregu lelaki kebangsaan, Goh Sze Fei berharap untuk memulakan saingan musim 2023 dengan langkah kanan menjelang Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangung di Stadium Axiata, Bukit Jalil bermula 10 hingga 15 Januari ini.

Dia yang bergandingan de­ngan Nur Izzuddin Rumsani berkata, mereka kini sedang be­kerja keras menjalani latihan bagi memperbaiki kelemahan yang ada sebelum kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu membuka tirainya.

Izzuddin-Sze Fei dijadualkan bertemu gandingan No. 17 dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang di pusingan pertama dan perlu berwaspada memandang­kan lawan itu berhasrat untuk menewaskan pemain ranking lebih tinggi.

“Kami akan bertemu beregu China di pusingan pertama dan kami tahu mereka memiliki kekuatan tersendiri. Kami perlu bersedia sepenuhnya jika mahu melangkah ke pusingan kedua.

“Apa yang pasti, kami perlu tenang dan hanya fokus satu demi satu perlawanan. Kami tidak mahu terlalu fikir mengenai sasaran kerana ia mungkin mengganggu fokus,” katanya.

Pada masa sama, pemain berusia 25 tahun itu berharap gandingannya bersama Izzuddin dapat menghasilkan lebih ba­nyak kejayaan selain mahu me­nembusi kelompok lapan teratas dunia bagi memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Apa yang pasti, kami akan cuba beraksi lebih baik bagi sai­ngan musim 2023 dengan harapan untuk mencipta lebih ba­nyak kemenangan dalam setiap kejohanan yang akan disertai nanti,” ujar Sze Fei.

Pada kejohanan Terbuka Malaysia tahun lalu, gandingan No. 9 dunia itu menamatkan saingan di pusingan separuh akhir apabila tewas kepada beregu No. 1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI