fbpx

Sektor pelancongan perubatan di P. Pinang meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (tengah) hadir menyaksikan pelancaran video Pusat Pelancongan Perubatan Pulau Pinang (P. MED) dan majlis menandatangani kerjasama Protokol Pelancongan Perubatan dengan PT Citilink Indonesia di George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Pendapatan untuk sektor pelancongan perubatan di Pulau Pinang menyaksikan peningkatan memberangsangkan iaitu dari RM66 juta pada 2021 kepada RM285 juta tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, jumlah yang dicapai pada tahun ini masih belum melepasi jumlah sebelum Covid-19 melanda, namun peningkatan semula pelancong perubatan ke negeri itu amat menggalakkan.

“Kita telah mencapai hampir 50 peratus daripada apa yang diperoleh pada 2019.

”Keadaan ini sangat positif untuk ekonomi negeri, ia juga sesuatu yang membanggakan kerana menunjukkan Pulau Pinang terus menjadi destinasi pelancongan pilihan termasuk pelancong perubatan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menyaksikan pelancaran video Pusat Pelancongan Perubatan Pulau Pinang (P. MED) dan majlis menandatangani kerjasama Protokol Pelancongan Perubatan dengan PT Citilink Indonesia.

Kon Yeow berkata, menurut Majlis Perjalanan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC), dari 2015 hingga 2019 industri itu telah berkembang pada kadar pertumbuhan purata terkumpul sebanyak 17 peratus.

“Pada 2019, Pulau Pinang menerima hampir 480,000 pelancong perubatan, dan menjana pendapatan sebanyak RM730 juta. Ini bermakna hampir 50 peratus daripada jumlah pendapatan Malaysia adalah daripada pelancongan perubatan,” katanya.

Sementara itu, Soon Hin berkata, Indonesia sentiasa menjadi pasaran utama untuk pelancongan perubatan, memandangkan persamaan bahasa dan budaya.

“Dalam tempoh 11 bulan pertama 2022, Pulau Pinang menerima kira-kira 144,975 pelancong perubatan antarabangsa di mana Indonesia menyumbang sebanyak 54 peratus, diikuti Bangladesh dan India,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI