fbpx

Seksi sangat, Riena Diana disarankan ingat Tuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Riena Diana ketika ambang 2023 yang dikatakan terlalu seksi.

PETALING JAYA – Tahun Baharu 2023 memberi isyarat bahawa dunia hiburan tanah air pastinya tidak akan pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi. Kemunculan pelakon Riena Diana pada malam ambang tahun baharu boleh dianggap sebagai pemanas bahang 2023.

Menerusi perkongsian pelakon drama ‘Kampung People’ dalam Instagram miliknya, Riena dilihat berani mati memakai ‘tank top’ berwarna hitam berkerlipan dengan kapsyen ringkas ucapan selamat tahun baharu.

Perkongsian pelakon berusia 26 tahun itu seterusnya menuai pelbagai respons dan reaksi daripada pengguna media sosial.

Tinjauan Kosmo! dalam ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan penampilan Riena itu agak keterlaluan, mencolok mata, sekali gus tidak sesuai bagi wanita Melayu beragama Islam. Bahkan ada juga yang menasihat Lailer Kampung People itu agar mengingati Tuhan.

“Ya Allah memang seronok muat naik gambar maca ini, dah tua nanti atau mana tahu esok mati jenuh nak padam balik semua gambar, ini bertentangan dengan pegangan agama kita, ingat Tuhan sikit” komen seorang netizen.

“Kenapa artis sekarang makin seksi. Dah 2023, jangan lalai sangat wahai umat Nabi Muhammad,” tulis seorang lagi netizen itu.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyindir Riena atau nama sebenar, Nur Qamarina Zulreal itu berpakaian sedemikian kerana kecewa akibat putus cinta.

“Kemain lepas putus cinta makin seksi, mahu tunjuk yang engkau terpaling kecewa ke? Sudah-sudah la tu, bukan trend dah pakai baju seksi sekarang,” komen netizen itu.

“Terima kasih selalu belanja tanpa berjimat cermat, kenyang mata lelaki, patutlah putus cinta, terkejut bakal mentua kalau menantu pakai macam ini,” komen netizen yang lainnya.

Terdahulu, Riena Diana memaklumkan yang hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Nik Afiq sudah terkandas di tengah jalan.

Sebelum ini, mereka dikhabarkan merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas empat tahun menjalin cinta. Perpisahan tersebut sekali gus memusnah impian mereka untuk hidup bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI