fbpx

Remaja maut kemalangan dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kemalangan dua motosikal yang meragut nyawa seorang remaja lelaki berhampiran Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut dalam kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Jalan Tunku Bendahara berhampiran Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang parah pada anggota badan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sebelum meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Seorang lagi penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 45 tahun patah tulang rusuk kiri serta mengalami pendarahan dalam kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika dua motosikal itu dalam perjalanan dari arah Anak Bukit menuju bandar Alor Setar.

“Setibanya di lokasi, motosikal ditunggangi lelaki berusia 45 tahun itu cuba masuk susur kiri menuju ke Jalan Tunku Bendahara.

“Motosikal ditunggangi remaja yang datang dari arah belakang cuba memotong di sebelah kiri sebelum merempuh belakang motosikal lelaki terbabit,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kemalangan mengakibatkan lelaki berusia 45 tahun itu patah tulang rusuk kiri serta mengalami pendarahan dalaman di kepalanya, manakala remaja terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSB.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Video kemalangan tersebut turut dirakam kamera sebuah kenderaan yang melalui jalan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI