fbpx

Rakyat Malaysia suka hijrah ke Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebahagian besar warga Malaysia dilaporkan ada menyimpan hasrat untuk berhijrah dan membina semula kehidupan baharu mereka yang lebih baik di Australia.

Perkara berkenaan didedahkan laman sosial berkaitan geografi popular tempatan, MatGeo yang memetik sumber kajian rambang dilakukan portal antarabangsa, Remitly.

“Rupa-rupanya memang orang Malaysia rata-rata ‘merajuk’ ke Australia. Dulu memang saya nak ke sana tapi Sajat pula yang telah sampai dulu,” nukilnya dalam nada berjenaka.

Meskipun tidak dinyatakan secara lebih terperinci, hantaran tersebut dipercayai merujuk tindakan usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ke negara itu.

Bagaimanapun, MatGeo menjelaskan bahawa, kajian isu berkenaan sebenarnya ialah hasil daripada tinjauan soal selidik yang dilaksanakan enjin pencarian Google.baru-baru ini.

Analisis itu melibatkan sejumlah 101 buah negara dan kesimpulannya sebanyak 29 buah negara menjadi pilihan penduduk dari negara lain untuk berpindah jika diberikan peluang.

Berdasarkan dapatan itu, warga Malaysia didapati mahu berhijrah ke Australia yang turut menjadi pilihan rakyat dari empat buah negara iaitu Israel, Malta, Bhutan dan Singapura.

Ironinya, warga Australia sendiri pula dikesan ada kecenderungan berpindah ke Jepun, manakala jirannya, New Zealand mahu ke Fiji dan sebaliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI