fbpx

PRN: DAP, BN jalin kerjasama di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUAN Eng (tiga dari kanan) bersama pimpinan DAP Pulau Pinang di Wisma DAP, di George Town, di sini hari ini. SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini bakal menyaksikan kerjasama antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, perincian jalinan kerjasama antara DAP dan BN akan diperincikan selepas mesyuarat lanjut dijalankan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Pakatan Harapan (PH).

”Mesyuarat ini akan dijalankan dalam minggu ketiga sebelum Tahun Baharu Cina, kita mahu lihat bagaimana bentuk jalinan kerjasama yang akan dibentuk dengan BN.

“Segala perincian mengenai kerjasama akan dimaklumkan selepas Tahun Baharu Cina nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurut Guan Eng, jalinan kerjasama antara DAP dan BN telah dibentuk di peringkat Kerajaan Pusat menerusi pembentukan kerajaan perpaduan, malah ia juga dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri Perak dan Pahang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI