fbpx

Piala AFF: Pertarungan akal, bukan kudrat semata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUVENTHIRAN (tengah) mengakui bahawa skuad negara perlu turun dengan aksi lebih bijak untuk memerangkap Singapura yang hanya memerlukan keputusan seri. – FB FAM

TIGA mata yang diburu ketika aksi menentang Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Stadium Nasio­nal Bukit Jalil, malam esok tidak boleh terlalu berpaksikan kudrat.

Sebaliknya, perhitungan getir itu harus menjadi pentas untuk membuktikan Harimau Malaya kali ini lebih bijak mengatur strategi berbanding aksi persahabatan di Singapura, Mac lalu.

Bagi pemain muda negara, V. Ruventhiran, Harimau Malaya tidak boleh terlalu ghairah mengerah tenaga untuk meme­cahkan benteng pertahanan Si­ngapura kerana lawan itu pasti ada muslihat tersendiri untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata.

“Kami kena bermain dengan lebih bijak kerana mereka hanya mahukan seri untuk layak. Kami kena beri lebih lagi untuk tewaskan mereka ketika aksi dalam padang.

“Mentaliti kami masih lagi kuat dan tidak akan bawa perkara dari luar ke dalam padang. Pemain senior juga pasti akan bantu dan bagi saya segalanya lebih kepada permainan minda,” katanya.

Dalam masa sama, Ruventhiran menegaskan jurang antara Malaysia dan Singapura tidak terlalu besar, selain mengakui pengendali negara, Kim Pan-gon sentiasa gemarkan permainan menyerang.

“Kelebihan kita bermain di tempat sendiri dan sudah pasti kita tidak mahu sia-siakannya. Kalau mereka berada di kedudukan bagus dalam ranking, kita juga tidak kurang hebatnya.

“Memang jurulatih suruh kami terus menyerang. Kami mahu menjaringkan gol dan bukannya pasukan yang turun bermain secara bertahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI