fbpx

Pendakwa raya sahkan wanita ‘lahir kembar 10’ hanya berimaginasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tsotetsi (kanan) mendakwa dokumen perubatan Sithole (kiri) dikongsi tanpa pengetahuan atau kelulusannya kepada media. - Daily Mirror

PRETORIA – Seorang wanita di Afrika Selatan yang sebelum ini mengaku telah melahirkan 10 bayi kembar dalam satu masa didakwa hanya berimaginasi kerana tiada bukti yang menyokong kenyataannya, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Gosiame Sithole, mendakwa dia telah melahirkan 10 bayi pada 7 Jun 2021 di Hospital Steve Biko, Pretoria.

Menurut Sithole, dia dilarang berjumpa dengan bayi-bayinya, diarah menjalani penilaian psikiatri tanpa izin serta privasinya dicabuli oleh pegawai hospital, pekerja sosial dan polis.

Sebagai tindak balas kepada aduan yang dibuat oleh pasangan Sithole iaitu Tebogo Tsotetsi, seorang pendakwa raya mengesahkan bahawa dakwaan itu adalah karut dan rekaan semata-mata.

Tsotetsi mendakwa dokumen perubatan Sithole dikongsi tanpa pengetahuan atau kelulusannya kepada media.

Dia juga menuduh polis menahan Sithole secara menyalahi undang-undang, membawanya untuk pemeriksaan kesihatan mental tanpa kebenaran dan dua kembar sulungnya diambil dari jagaan tanpa kehendaknya, lapor akhbar Times Live.

Namun, dalam laporan setebal 57 muka surat, pendakwa raya, Kholeka Gcaleka telah menemubual pihak yang dikatakan terlibat, termasuk di hospital tempat bayi-bayi itu sepatutnya dihantar.

Bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa Sithole tidak pernah berada di hospital dan dia ‘tidak hamil dalam beberapa tempoh kebelakangan ini’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI