fbpx

Pemandu cedera, kereta dinaiki suami isteri terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa yang terbalik selepas melanggar penghadang jalan di di Lebuh Raya Utara Selatan (menghala Ipoh), Rawang, petang tadi. - IHSAN BOMBA

RAWANG – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbalik selepas melanggar penghadang jalan di Lebuh Raya Utara Selatan (menghala Ipoh), di sini, petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 5.15 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Katanya, sebanyak enam anggota berserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa bagi melakukan misi menyelamat.

“Laporan di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Toyota Sienta yang dinaiki sepasang suami isteri telah terbabas lalu terbalik selepas melanggar penghadang jalan raya.

“Akibat kemalangan itu, pemandu yang juga lelaki berusia 44 tahun dalam keadaan separa sedar mengalami kecederaan dalaman telah dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Norazam, isteri mangsa berusia 40-an yang berada di kerusi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dan sempat keluar dari kenderaan tersebut selepas kemalangan berlaku.

Jelasnya, rawatan awal diberikan kepada mangsa sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Slim River menggunakan ambulans. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI