fbpx

Pelajar rugi RM22,300, wang simpanan pusaka arwah ibu lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Seorang pelajar perempuan tingkatan enam berputih mata apabila wang simpanan pusaka arwah ibunya sebanyak RM22,300 lesap selepas dia terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui Telegram.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 14 Disember lalu selepas mangsa yang berusia 19 tahun melayari laman sosial Facebook berkaitan skim pelaburan berkenaan.

Katanya, mangsa kemudiannya telah dimasukkan dalam kumpulan aplikasi Telegram dan suspek memaklumkan mangsa akan menerima pulangan yang lumayan dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM 1,000 ke akaun suspek dan suspek telah memberikan pengenalan pengguna dan kata laluan laman web pelaburan tersebut.

“Dalam akaun tersebut mangsa dapati pulangan sebanyak RM 16,000 tetapi suspek telah meminta beberapa bayaran sebelum mangsa dapat mengeluarkan duit tersebut,”katanya di sini hari ini.

Menurut Ramli mangsa kemudiannya telah membuat bayaran menggunakan duit simpanan wang pusaka arwah ibunya dan mengalami kerugian sebanyak RM22,300.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang giat melakukan siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI