fbpx

New York benar mayat dijadikan baja kompos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat akan dimasukkan ke dalam bekas dan menjalani proses penguraian organik semula jadi atau dikenali sebagai pengkomposan manusia di Recompose. - Ken Lambert/The Seattle Times

BANDAR RAYA NEW YORK – New York menjadi negeri terbaharu di Amerika Syarikat (AS) membenarkan proses pengkomposan mayat manusia sebagai sebahagian daripada kaedah mesra alam sekitar, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Turut dikenali sebagai ‘penguraian organik semula jadi’, amalan itu menyaksikan mayat manusia akan mereput selepas beberapa minggu diletakkan di dalam sebuah bekas.

Pada 2019, Washington menjadi negeri pertama di AS yang membenarkan kaedah tersebut dijalankan dan diikuti oleh Colorado, Oregon, Vermont dan California.

New York menjadi negeri kelima membenarkan kaedah pengkomposan selepas menerima kelulusan daripada Gabenornya, Kathy Hochul.

Menerusi kaedah yang akan dilakukan di kemudahan atas tanah itu, mayat manusia akan dimasukkan ke dalam bekas tertutup bersama bahan-bahan terpilih seperti serpihan kayu, alfalfa dan rumput jerami. Ia kemudian akan mereput berikutan aktiviti mikrob.

Selepas kira-kira sebulan, proses pemanasan bagi membunuh sebarang jangkitan akan dilakukan sebelum tanah tersebut diserahkan kepada waris si mati.

Tanah itu kemudian boleh digunakan untuk menanam bunga, sayur atau pokok.

Sebuah firma yang menawarkan perkhidmatan tersebut di AS, Recompose berkata, perkhidmatan yang ditawarkan boleh menjimatkan satu tan karbon berbanding kaedah pengebumian tradisional atau membakar mayat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI