fbpx

Netizen geli lipas mati ‘berkubur’ dalam telinga pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan hospital itu menggunakan pengepit untuk mengeluarkan lipas tersebut.- Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita dikejarkan ke hospital gara-gara telinganya dimasuki seekor lipas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ fakta.indo.

Seorang kakitangan sebuah hospital dirakam sedang merawat seorang pesakit.

Pesakit wanita itu mengadu mengalami sakit di telinga kanannya dan ingin menjalani pemeriksaan.  

Setelah diperiksa, kakitangan hospital kemudian dilihat mengeluarkan seekor lipas mati dari telinga wanita itu menggunakan penyepit.

Kejadian itu membuatkan ramai netizen terkejut.

“Mengerikan, bagaimana anda boleh masuk ke sana (telinga),” kata seorang netizen.

“Refleks saya langsung terus memegang telinga,” kata netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI