fbpx

Mercedes yakin mampu tawan 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF percaya Mercedes akan bangkit musim baharu nanti selepas melalui tempoh yang mengecewakan sejak dua musim lalu. – AFP

LONDON – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff optimis pasukannya akan tampil lebih garang pada musim 2023 dalam usaha merampas semula gelaran kejuaraan dunia bagi kategori pengeluar dan pemandu selepas gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan tahun lalu.

Sebagai rekod, Mercedes mengharungi musim terburuk pada edisi 2022 selepas menamatkan saingan bagi kategori pengeluar di kedudukan ketiga keseluruhan di belakang musuh tradisi, Ferrari dan juara, Red Bull.

Lebih malang, pelumba utama pasukan, Lewis Hamiton yang merupakan juara dunia tujuh kali tidak berjaya menjuarai sebarang perlumbaan Grand Prix (GP) mahupun memenangi aksi kelayakan sepanjang tahun lalu.

Menurut Wolff, pegawai teknikal kini sudah giat merancang persiapan untuk mengharungi musim baharu yang dijangka bermula pada Mac depan selain sudah belajar daripada kesilapan yang dilakukan tahun lepas.

“Kita sudah faham bahawa cabaran Formula Satu (F1) semakin hari semakin sengit dan kita tahu setiap perubahan yang dibuat akan memberikan risiko yang tersendiri. Namun, saya seorang yang optimis dan kekal rea­listik.

“Meskipun Red Bull berjaya mempamerkan prestasi cukup dominan tahun lalu, saya pasti mereka juga ada kelemahan dan situasi sama juga berlaku dengan Ferrari.

“Apa yang pasti, saya harap apabila kita memperkenalkan jentera baharu nanti, ia dapat memberikan saingan kompetitif dan pelumba kami berpuas hati dengan apa yang kita berikan.

“Lebih penting apabila jentera tersebut dapat memberikan kelajuan maksimum seperti yang diharapkan sekali gus memperbaiki kekurangan musim lepas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI