fbpx

Mayat dengan empat kesan tembakan ditemui tersangkut pada pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah pada Majlis Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Mayat seorang lelaki yang sudah reput dengan kesan empat tembakan pada kepalanya dijumpai dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok di tepi tebing Sungai Golok, Pengkalan Haram Berek 12 dekat Bukit Bunga, Tanah Merah semalam.

Mayat mangsa yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui oleh seorang pemancing di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, mayat lelaki yang hanya memakai seluar dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih dua minggu lalu.

Menurutnya, setakat ini, polis masih belum dapat mengenal pasti identiti lelaki itu sama ada merupakan rakyat tempatan atau warga asing.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat. Selain itu, polis turut mengambil cap jari mangsa dan akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Siasatan awal berdasarkan kesan empat tembakan pada kepala mangsa, lelaki itu dipercayai ditembak daripada jarak dekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Pengurusan Perumahan Terbaik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Wakaf Bharu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, pihaknya sudah bekerjasama dengan polis di Thailand untuk menyiasat kes itu lebih lanjut.

Menurutnya, setakat ini, polis masih belum mendapat sebarang maklumat sama ada kejadian mangsa ditembak berlaku di negara ini atau di Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI