fbpx

Lima sekeluarga cedera, pemandu Hilux hilangkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan perubatan sedang memberikan rawatan cemas kepada mangsa yang terlibat.

KLANG – Lima sekeluarga cedera apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai memecut laju gara-gara mengelak lampu isyarat merah di persimpangan berhampiran Kompleks Sukan Pandamaran.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Jariaa Abdul Razak, 50, parah apabila patah kaki kiri manakala empat lagi iaitu suaminya, Mohd. Affendy Abd. Aziz, 59, dan tiga anak mereka masing-masing Adreen, 28 ;Arisha, 26 dan Adam,22, hanya cedera ringan.

Kelima-lima mereka dikatakan baharu pulang dari sebuah kenduri di kawasan berhampiran.

Kosmo! difahamkan pemandu Toyota Hilux dikatakan memandu laju bagi mengelak untuk berhenti dari isyarat lampu merah sehingga bertembung dengan kereta mangsa yang ketika itu lampu isyarat laluan mereka sudah hijau.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, seramai enam termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.09 petang.

Katanya, pasukan bomba yang tiba empat minit kemudiannya mendapati dua mangsa tersepit di tempat duduk penumpang belakang kereta jenis Proton Prima itu.

Tiga lagi mangsa keluar sendiri sebelum kehadiran bomba.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pihak bomba menggunakan peralatan dan semua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan lanjut.

“Manakala pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipercayai menghilangkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI