fbpx

Lee Mi-joo terima trofi ‘berkaki ayam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE MI-JOO

KETERUJAAN Lee Mi-joo yang merupakan bekas anggota kumpulan Lovelyz naik ke pentas menerima anugerah sambil berkaki ayam meraih perhatian ramai.

Ketika itu, Mi-joo diumumkan sebagai penerima anugerah cemerlang dalam Music/Talk Category pada acara MBC Entertainment Award.

Semasa namanya dilaungkan penyampai anugerah, Mi-joo sangat terkejut dan tidak percaya menjadi pemenang kategori tersebut.

Akibat terkejut dengan pengumuman tersebut, dia naik ke pentas tanpa memakai kasut pada sebelah kaki.

Sewaktu berucap, pelantun lagu Ringing itu mengakui menjadi serba tidak kena membuka sebelah kasut tumit tinggi yang dipakainya lalu meluru ke pentas. Disebabkan hanya memakai sebelah kasut, dia juga dilihat sukar mengimbangi badan dan menanggalkan kasutnya di atas pentas sambil ditertawa oleh penonton yang hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI