fbpx

Lebuh raya utama sesak, ramai balik bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik sesak di beberapa lebuh raya utama. - LLM

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak berikutan pertambahan kenderaan sempena selesai cuti persekolahan dan tahun baharu hari ini.

Menerusi laporan di Facebook, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan sesak di Lebuhr Raya Utara-Selatan melibatkan kedua-dua arah.

“Antaranya dari Perai ke Juru; Ipoh ke Simpang Pulai; Gopeng ke Tapah; Ladang Bikam ke Sungkai; Kempas ke Pasir Gudang dan Tol Sungai Besi ke Pusat Bandar,” katanya.

Sementara itu, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), trafik dilaporkan perlahan melibatkan ara Hentian Rehat Gombak ke Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

Tambah LLM, terdapat beberapa kemalangan dilaporkan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara melibatkan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya serta Sungai Bakap ke Bandar Cassia yang menjadi punca kesesakan dan kelewatan kepada pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI