fbpx

Kebakaran Jakel : Jangan buat spekulasi, boleh dikenakan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 semalam. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian seperti sengaja dibakar berhubung kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihak bomba masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca
kebakaran.

“Pihak polis memohon netizen tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini.

“Setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara tersebut (sengaja dibakar) dari mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan supaya menghormati perasaan individu yang mengalami kerugian dan pekerja-pekerja yang hilang sumber pendapatan.

Jelas Mohd. Iqbal, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang mereka cerita tersebut sekiranya laporan siasatan bomba adalah sebaliknya.

“Pihak pemilik boleh mengambil tindakan sivil atau saman malu,” ujarnya.

Terdahulu, tular media sosial berhubung kebakaran di Wisma Jakel itu yang dikaitkan netizen sebagai taktik lama dengan sengaja dibakar untuk memperoleh pampasan daripada syarikat insurans.

Kosmo! semalam melaporkan kebakaran bangunan tiga tingkat milik Jakel di Seksyen 7 di sini mengakibatkan syarikat tekstil tersebut kerugian dianggarkan hampir RM100juta.

Polis turut memaklumkan kejadian itu dipercayai akibat litar pintas sementara Bomba Selangor mengerakkan unit anjing pengesan (K9) bagi membantu siasatan forensik dengan laporan siasatan kebakaran dijangka akan diperoleh dalam tempoh sebulan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI