fbpx

Jurulatih tampar murid digantung aktiviti persatuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian dua murid sekolah ditampar oleh individu dipercayai jurulatih pasukan bola tampar baru-baru ini.

PETALING JAYA – Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) telah menggantung jurulatih yang menampar pemainnya daripada melibatkan diri di dalam semua aktiviti bola tampar kebangsaan sehingga siasatan selesai.

Menerusi kenyataan di akaun Facebooknya, MAVA berkata, pihaknya juga telah menubuhkan satu Badan Siasatan untuk menyiasat kejadian tersebut dengan segera.

“MAVA mengambil perhatian serius berkenaan klip video yang melibatkan Jurulatih Pasukan Melaka B- 14 (Wanita) yang didapati menampar dua orang pemain wanita pasukan tersebut yang kini tular di media sosial.

“Pihak kami turut akan berhubung dengan pihak-pihak yang berkaitan serta pihak berkepentingan,” katanya.

Tambahnya, MAVA sama sekali tidak akan bertoleransi dengan sebarang penggunaan kekasaran ke atas mana-mana pihak serta bersedia untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang serta perlembagaan MAVA.

Terdahulu, video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu tular di media sosial sekaligus menerima kecaman daripada orang awam.

Di dalam video tersebut kelihatan jurulatih pasukan Melaka itu dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.

Perkara ini juga mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh dimana siasatan telah pun dijalankan terhadap jurulatih terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI