fbpx

Hujan lebat diramal di Mekah, salji di utara Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NCM memberi amaran kepada penduduk di Jeddah, Rabigh dan Al-Kamil. - Saudi Gazette

JEDDAH — Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menaikkan amaran hujan bagi meningkatkan kewaspadaan penduduk di kota Jeddah, Rabigh dan Al-Kamil, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

NCM turut memaklumkan bahawa kota suci Mekah akan dilanda hujan lebat bermula petang Ahad. Amaran itu kekal aktif sehingga pukul 3 petang (waktu tempatan) pada Isnin (hari ini).

Ramalan itu menyatakan, hujan tahap sederhana dan lebat diramal bersama angin kuat, ombak besar serta hujan batu, manakala jarak penglihatan pula rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif NCM, Dr. Ayman Ghulam berkata, ramalan menjangkakan bahawa hujan lebat turun mulai petang Ahad di Jeddah, Thuwal, Rabigh, Al-Kamil, Ibu Kota Suci, Taif, Al-Hada, Al-Shifa, Al-Shuaiba dan Al-Laith.

“Hujan lebat ini berlarutan di Madinah dan wilayahnya, termasuk pantai dan kemudian beredar ke timur di wilayah Riyadh, Hail, Qassim, wilayah timur, timur laut dan utara, termasuk wilayah Al-Jouf dan Wilayah Sempadan Utara.

“Salji lebat akan turun di wilayah utara Arab Saudi dan kabus tebal akan terbentuk pada awal pagi Isnin,” tambahnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI