fbpx

Erma hilang penglihatan, kini terlantar atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR ATIKAH bertanyakan sesuatu kepada anaknya yang kini terlantar sakit ketika ditemui di rumah mereka di Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Kehidupan seorang gadis yang sebelum ini aktif berubah selepas diserang penyakit Tubercolous (TB) Me­ningitis sehingga menyebabkan hilang penglihatan dan terlantar sejak tahun lalu.

Nur Erma Rusman, 25, dikesan menghidap penyakit itu sejak November 2021 dan kuman tersebut merebak hingga ke otak, paru-paru dan tulang belakang.

Ibunya, Nor Atikah Alilis, 45, berkata, penglihatan anak kedua daripada empat beradik itu hilang sepenuhnya apabila kuman menyerang bahagian saraf mata sejak Mei lalu.

“Pada mulanya, Erma kerap demam, sakit kepala dan belakang. Saya membawanya ke hospital sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Mambau di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Nor Atikah me­nerima kunjungan Presiden Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan yang menyampaikan bantuan berupa barang keperluan.

Nor Atikah memberitahu, anaknya ditidurkan selama 22 hari di ICU Hospital Tuanku Jaafar dan dibenarkan keluar pada Februari tahun lalu.

Akibat terlantar terlalu lama, punggung Nur Erma luka menyebabkan ibunya terpaksa memberi tumpuan penuh.

Tanggungjawab itu dipikul dengan rela hati oleh Nor Atikah walaupun terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai runcit dengan gaji RM1,800 sejak Ogos lalu. Keadaan itu menyebabkan sewa rumah tertunggak selama tiga bulan.

“Makan minum pula kami bergantung dengan belas ihsan jiran, rakan dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

Lebih menyedihkan, Nur Erma terpaksa melupakan hasrat untuk bernikah pada Oktober lalu kerana masalah kesihatan itu termasuk kehilangan berat badan daripada 99 kilogram (kg) kepada 44kg.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Nor Atikah di talian 018-3746774 atau menerusi akaun Bank Islam bernombor 0501-2020-5338-78. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI