fbpx

Cuaca tidak menentu sepanjang dua hari seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca signifikan melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak selama dua hari bermula esok.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di timur dan utara Sabah pada 3 hingga 4 Januari 2023.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

“Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung serta tengah dan barat Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya.

Tambah kenyataan itu, amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023.

“Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI