fbpx

Cuaca cerah sekitar Semenanjung, hujan di Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah diramal sekitar Semenanjung petang ini, namun beberapa kawasan di Sarawak mengalami hujan lebat sehingga pukul 5 petang.

Perkara itu dimaklumkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

Katanya, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak melibatkan kawasan Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga) petang ini.

Dalam pada itu, tiada sebarang laporan cuaca buruk dikeluarkan bagi negeri-negeri Semenanjung setakat pukul 3.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI