fbpx

Tradisi uji dara gadis Zulu elak seks bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu tujuan ujian pengesanan dara dilakukan adalah untuk membendung penyakit bawaan seksual dalam kalangan gadis Zulu.

SOAL keperawanan wanita dalam sesebuah masyarakat dianggap satu perkara penting dan berkait rapat dengan maruah seseorang.

Tidak dinafikan, ada segelintir etnik di dunia ini yang menjadikan soal keperawanan wanita sebagai salah satu tradisi turun-temurun masyarakat mereka.

Bagi masyarakat Zulu di Afrika Selatan, keperawanan merupakan nilai yang berkait rapat dengan sesebuah pembentukan bangsa.

Justeru, bagi memastikan ketulenan seseorang itu sama ada masih perawan atau tidak, wujud satu tradisi yang diamalkan suku kaum tersebut sehingga hari ini.

Dipercayai, budaya tersebut telah wujud sejak 200 tahun lalu yang bertujuan mengesahkan ketulenan keturunan kaum Zulu.

Lebih menarik dan mengejutkan, setiap gadis yang melepasi ujian dara bakal diberi sijil pengiktirafan sebagai tanda mereka masih perawan dan suci.

Pun begitu, selepas berlakunya beberapa siri peperangan dalam kalangan etnik di negara tersebut, ujian pengesahan dara hanya dilakukan bertujuan membendung gejala rogol oleh askar yang menceroboh.

Selain itu, ia dipercayai bagi membuang baka tidak suci daripada puak menceroboh yang dilahirkan wanita berketurunan Zulu.

Salah seorang pengamal tradisi dikenali sebagai Amahle, selepas beberapa dekad, ujian tersebut dilakukan bagi membendung penyakit berkaitan aktiviti seksual.

UJIAN pengesanan dara ini dilakukan oleh penguji yang dikenali sebagai Isigqi Sesintu.

“Tujuan utamanya adalah membendung penyakit bawaan seksual daripada wanita Zulu dan seterusnya menjamin kelahiran generasi masa depan yang gagah perkasa.

“Ujian ini (kesan dara) bukan satu stereotaip terhadap wanita, tetapi merupakan tradisi turun-temurun bertujuan memelihara keturunan,” katanya.

Tambah Amahle, biasanya, tradisi tersebut dilakukan di dalam sebuah pesta dengan sekumpulan penguji dikenali sebagai Isigqi Sesintu dilantik bagi melihat dara yang terdapat pada seseorang gadis itu.

Katanya, kumpulan penguji terdiri daripada beberapa orang wanita berpengalaman yang mempunyai status tertentu dalam masyarakat Zulu.

“Pemeriksaan dara biasanya bermula seawal usia enam tahun. Namun, pada masa kini, ia akan dilakukan terhadap remaja berusia 12 dan 18 tahun.

“Memandangkan gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat di bandar, aktiviti ujian pengesahan dara lebih kerap dilakukan terhadap gadis yang masih bersekolah,” ujarnya.

Tambah Amahle yang juga merupakan salah seorang penguji dara, usai ujian pengesahan perawan dilakukan, gadis itu akan mengangkat sumpah dan berjanji tidak melakukan seks sebelum berkahwin.

Dalam kalangan masyarakat Zulu, perkahwinan seseorang gadis akan dilakukan selepas mereka mencapai usia 18 tahun.

“Justeru, sepanjang tempoh masa selepas ujian dilakukan, si gadis akan dijaga ketat oleh ahli keluarga dan seluruh masyarakat di sekitarnya.

“Tradisi dan amalan sebegini dilihat sebagai satu alternatif secara psikologi bagi mengawal gejala seks luar nikah yang semakin berleluasa dan meningkat di negara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI