SEOUL – Korea Selatan mendedahkan bahawa kejadian ‘penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO)’ baru-baru ini sebenarnya adalah satu bentuk roket baru yang sedang dibangunkan oleh negara itu, lapor akbar Daily Star semalam.
Media sosial dihebohkan dengan keterujaan orang ramai yang mendakwa telah melihat sebuah objek melambung tinggi di udara dengan meninggalkan jejak wap berwarna pelangi dan lampu misteri.
Khabar angin penampakan makhluk asing telah tersebar, tetapi pihak tentera kemudian mendakwa mereka adalah ‘dalang’ di sebalik objek misteri itu.
Kejadian itu berlaku disebabkan ujian roket yang dilancarkan ke langit, dengan Kementerian Pertahanan mendakwa ia adalah satu bentuk roket baharu.
Bentuk roket yang tidak diumumkan itu membolehkan pengawasan dari angkasa lepas dijalankan dan memberi peluang kepada Korea Selatan untuk memperkukuh pertahanannya.
Seorang pengguna Twitter berkata: “Apakah ini? Adakah ini UFO? Saya takut.”
Susulan kejadian itu, pegawai kecemasan Korea Selatan menerima beratus-ratus laporan daripada penduduk yang bimbang tentang prospek kehidupan makhluk asing di Bumi.
Situasi panik berlaku kerana tiada penduduk dimaklumkan mengenai pelancaran itu bagi tujuan keselamatan. – Agensi