fbpx

Rita Rudaini kekal percaya cengkih tingkat sistem imun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini berpegang teguh dengan prinsip enggan mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 biarpun pertambahan kes baharu di negara China dikatakan memberi kesan kepada masyarakat dunia.

Katanya, kerajaan patut menutup pintu masuk negara daripada pelancong republik tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, bukan mencadangkan pemberian vaksin lagi.

“Tak habis-habis cucuk (suntikan). Itu saja yang kamu semua boleh fikir. Cucuk nombor satu tak jalan, lepas itu nombor dua tak cukup juga. Bubuh sedas booster (penggalak) pun tak cukup lagi?.

“Kalau betul risau pasal rakyat, tutup saja pintu ke Malaysia. Kalut suruh orang cucuk lagi buat apa. Virus nun jauh di China, kenapa gigih cucuk orang di sini. Tutup ‘gate’ saja,” luahnya menerusi Instagram Story.

Menerusi hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu menyarankan kerajaan mendidik rakyat supaya mengamalkan pengambilan makanan tambahan bagi meningkatkan sistem imun badan.

Malah Rita turut menyatakan berbesar hati berkongsi petua menggunakan bahan alami biarpun sebelum ini ramai memanggilnya dengan pelbagai gelaran.

“Didik orang ramai amalkan suplemen atau pemakanan yang tingkatkan sistem imun. Susah sangat ke? Dulu kalian gelakkan saya dengan gelaran Miss Cengkih.

“Ini saya baik hati lagi nak bagi petua air rebusan cengkih. Alhamdulillah Miss Cengkih ini tak pernah lagi demam atau selsema dalam tempoh tiga tahun,” katanya lagi.

Terbaru, Itali melaksanakan ujian saringan Covid-19 terhadap semua pelancong dari China, selepas hampir separuh daripada penumpang dua pesawat yang mendarat di Milan positif wabak berkenaan.

Sebelum ini pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu lantang menyuarakan pandangan mengenai vaksin Covid-19, selain memilih sebagai ‘pro-safe’ selain secara terangan menolak pengambilan vaksin.

Malah dia yang memaklumkan rela dikecam berikutan perkongsian terbaru itu juga mengakui mengetahui selama ini netizen mengecopnya sebagai Ratu Anti Vaksin.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI