fbpx

Reaksi kucing ‘pasrah’ penjaga berpisah undang dekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian Ateh di TikTok bersama kucing pemberian bekas kekasih.

PETALING JAYA – Biasanya kisah putus cinta sering diiringi rasa simpati orang ramai kerana ia adalah antara perkara paling menyakitkan dalam hidup.

Lain pula kisahnya dengan seorang pengguna TikTok, Ateh, yang berkongsi video bersama kucing pemberian bekas kekasih dan masih berada di bawah jagaannya dengan emosi kecewa di sisi berbeza.

“Kucing ni hadiah dari ‘ex’ (bekas kekasih) selagi ada lagi tu tak boleh ‘move on’ (teruskan). Nak buang tapi sayang pula,” katanya pada kapsyen.

Namun yang menjadi fokus netizen adalah ‘reaksi’ kucingnya seolah-olah memahami situasi yang dihadapi tuannya itu sehingga mengundang rasa lucu dalam kalangan netizen.

“Kembali je la sis, anak kucing mana yang sanggup tengok mak pak dia bercerai,” usik BangRoary21.

“Muka kucing main peranan sebagai mangsa keadaaan yang tengah sedih dan stres jugak fikir,” komen heiinisaya.

“Tuntut nafkah tiap bulan sis. Biskut, makanan tu semua hak anak,” seloroh seorang lagi netizen.

Pekongsian itu berjaya meraih 59,400 tanda suka dan 844 komen daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian bersahaja Ateh itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI