fbpx

Perimeter 2022: Selebriti popular bercerai kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIZZ NINA dan Nad Zainal antara mengejutkan ramai dengan kisah keruntuhan rumah tangga mereka.

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan. Begitu juga yang menimpa hubungan rumah tangga sesetengah selebriti yang tidak berkekalan sehingga ke akhir hayat apabila berakhir dengan sebuah perpisahan.

Shila Amzah, Haris
April 2018 – 8 Februari 2022
CUMA empat tahun berkahwin, Shila Amzah bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada 8 Februari.

Mak Wan, Husain Dolan
22 Januari – 21 April 2022
PELAKON veteran, Mak Wan diceraikan talak satu selepas tiga bulan berkahwin.

Azri Iskandar, Ellie Suriaty
2003 – 17 Mei 2022
PERKAHWINAN 20 tahun Azri Iskandar dan Ellie Suriaty terlerai pada 17 Mei.

Nikki Palikat, Audi Mok
Jun 2009 – Mac 2021
NIKKI Palikat dan komposer Audi Mok bercerai semasa pandemik, namun dia hanya mendedahkannya pada Jun lalu.

Mizz Nina, Noh Salleh
2 Julai 2011 – 3 Ogos 2022
MAHLIGAI 11 tahun Mizz Nina dan Noh Salleh roboh pada 3 Ogos lalu.

Nad Zainal, Faliq
18 Disember 2015 – 4 September 2022
JODOH Nad Zainal dan Faliq Amiruddin tidak berpanjangan selepas bercerai pada 4 September lalu, namun enggan mendedahkan punca perpisahan.

Avaa Vanja, Aamil
2011 – 2022
HUBUNGAN pelakon Avaa Vanja dan pemuzik, Aamil Sulaiman terhenti di pertengahan jalan selepas lebih lima bulan melalui konflik rumah tangga.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI