fbpx

Perimeter 2022: Artis kahwin bersimpul rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETELAH negara bergerak ke fasa endemik, ramai selebriti tanah air membuat keputusan menamatkan zaman bujang sebelum tahun 2022 melabuhkan tirai, paling ketara rata-rata memilih untuk menyembunyikan tarikh pernikahan sehingga hari penyatuan.

Tirai 2022 dibuka dengan pengumuman mengejut daripada Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi yang tidak disangka-sangka melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari. Pada hari sama, penyanyi Azzam Shah berkahwin dengan Sheryl Shazwanie.

Zulin Aziz & Farhan Norzaini

ZULIN Aziz melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan pilihan, Farhan Norzaini mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada 20 Februari lalu di Masjid Negara.

Wany Hasrita & Mohd. Al-Adib

BERKENALAN semenjak 2010, penyanyi Wany Hasrita dan Al Adib Fahmi sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz pada 22 Julai lalu.

Adam Lee & Sweet Qismina

SWEET Qismina dan Adam Lee berkahwin pada 24 Oktober. Mas kahwin bernilai RM2,410.97 dan tarikh tersebut dipilih sempena tarikh lahir Sweet.

Syifa Melvin & Safawi Rashid

TEKA-TEKI percintaan Syifa Melvin dan pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid terjawab apabila mereka sah bergelar suami isteri pada 28 November lalu.

Da’i Syed & Hana Ismail

PERKENALAN singkat pasangan ini menyatukan mereka pada 2 Disember lalu. Mereka bertaaruf selama sejam dan tujuh hari istikharah sebelum memutuskan berkahwin.

Mas Idayu & Muhamad Sufian Isa

MAS Idayu kembali menjadi isteri selepas 16 tahun menjanda. Dia berkahwin dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September dengan tajaan RM7 juta.

TAHUN 2022 juga menyaksikan ikatan pernikahan antara Syura Badron dan Farizat Ismail pada 23 Januari, Usop Mentor dengan Nur Fatihah (4 Februari), bekas rakan duo Hael Husaini, Azhar Osman bersama Sue Sauffi (2 Julai) serta Vanidah Imran yang kembali bergelar isteri apabila menikahi Arif Abdillah Idris pada 7 Julai.

Turut melalui gerbang bahagia ialah Lia Aziz dan Arash Azimi yang bernikah pada 23 Julai, penyanyi Aizat Amdan bersama Elyssa Alia (14 Ogos), Shahir Zawawi dan Jaskin Jaludin (3 September), Halim Radzi dan Sharifah Husna (21 Oktober) serta Mimie Haris dan Khairril Anuar Md. Dahilin (14 Oktober). Ahli K-Clique, Fareed pula bertemu jodoh dengan Siti Hawa Hamdan pada 10 Oktober, manakala rapper Aman RA juga kembali bergelar suami pada Oktober lalu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI