fbpx

Pencemaran bau dikesan di muka sauk Jenderam Hilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS meletakkan AC sebagai langkah pengawalan pencemaran bau

SHAH ALAM – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk Jenderam Hilir, petang tadi.

Pengesanan itu dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang dengan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) telah dimaklumkan untuk sebarang kemungkinan dan persediaan Loji Rawatan Air (LRA).

LUAS berkata, pemantauan rapi sedang dilakukan pihaknya dengan kekerapan pensampelan bau setiap 15 minit.

Katanya, bacaan terkini sehingga jam 8.45 malam mencatatkan 1 ton.

“Semakan segera di lokasi kemalangan 24 Disember lalu mendapati bau enam ton.

“LUAS meningkatkan perletakkan jumlah activated carbon (AC) di lokasi dan telah memulakan pemantauan rapi di Sungai Limau Manis yang mengalir masuk ke Sungai Semenyih,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

LUAS menambah, penemuan itu sejurus situasi hujan lebat petang tadi dengan aliran sisa yang tersangkut atau terserap di persekitaran kawasan tumpahan sebelum ini serta jajaran sungai di luar kawasan Selangor terlarut bersama air larian hujan yang seterusnya mengalir masuk ke Sungai Semenyih.

Ujarnya, aliran tercemar dijangkakan ‘flush’ dalam tempoh tiga hingga empat jam berdasarkan keadaan semasa cuaca serta aliran deras sungai.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah dimaklumkan untuk tindakan kawalan segera di lokasi.

“PLUS juga telah dipohon untuk menyedut segera sisa baki aliran tersebut di lokasi kemalangan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI