fbpx

Musim sejuk ekstrem ragut 61 nyawa di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK menyodok salji di Buffalo , New York pada 27 Disember lalu. -- AFP

WASHINGTON – Angka kematian akibat ribut musim sejuk yang melanda sebahagian besar Amerika Syrikat (AS) ketika sambutan Krismas meningkat kepada sekurang-kurangnya 61 orang kelmarin, kata beberapa pegawai.

Eksekutif Daerah Erie County, Mark Poloncarz berkata, dua lagi kematian dilaporkan di rantau barat New York yang merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat ribut salji, menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 39 orang.

Daerah Erie termasuk bandar yang diliputi salji tebal, Buffalo di mana kebanyakan kematian berlaku.

Poloncarz berkata, 17 daripada 39 mangsa ditemui di kawasan terbuka, 11 di dalam kediaman, empat di dalam kereta dan empat lagi mati semasa menyodok atau mengalihkan salji, manakala tiga yang lain meninggal dunia berikutan kelewatan petugas kecemasan sampai kepada mereka.

Sebanyak sembilan kematian dilaporkan dalam beberapa kemalangan kereta akibat ribut salji di negeri Ohio, tengah-barat AS dengan beberapa kematian lagi berlaku di sekurang-kurangnya enam negeri lain.

Ribut salji yang melanda turut membawa suhu sejuk melampau ke negeri-negeri seperti Texas dan Florida serta mencetuskan kekalutan di lapangan-lapangan terbang, menyebabkan beribu-ribu penerbangan sama ada lewat atau dibatalkan.

Syarikat penerbangan Southwest Airlines yang membatalkan lebih 15,000 penerbangan dalam tempoh lapan hari akibat kerosakan sistem penjadualan berkata, pihaknya menjangkakan operasi kembali normal secara beransur-ansur semalam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI