fbpx

Jenazah rakyat Malaysia lemas di Bali tiba di tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia. - Foto ihsan Wisma Putra

PUTRAJAYA- Kementerian Luar memaklumkan bahawa jenazah seorang pelancong warga Malaysia yang lemas di Bali, Indonesia selamat tiba di tanah air malam semalam.

Jenazah itu dibawa pulang ke Malaysia menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH852 dari Lapangan Terbang Antarabanga Ngurah Rai, Denpasar pada pukul 7.15 malam.

“Ia kemudiannya selamat tiba di terminal utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pukul 10.15 malam semalam,” kata kenyataan Wisma Putra di sini.

Mangsa dilaporkan hilang pada pukul 2.50 petang 27 Disember lepas ketika cuba mahu menyelamatkan dua orang pelancong warga asing yang hampir lemas di pantai Bali.

Wisma Putra menerusi pihak Kedutaan Besar Malaysia di ibu kota Jakarta telah bertindak memberikan bantuan konsular sewajarnya bagi memudahcara pengurusan jenazah.

“Pihak kementerian ini turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap agar pihak keluarga tabah mengharungi masa sukar itu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI