fbpx

Gudang sejuk beku curi bekalan air – SPAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti mencuri bekalan air terawat di sebuah gudang simpanan makanan sejuk beku di Selayang Baru, Selangor di serbu penguatkuasa SPAN semalam.

CYBERJAYA – Sebuah gudang makanan sejuk beku di Selayang Baru, Selangor diserbu selepas didapati mencuri bekalan air terawat milik Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor).

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menerusi kenyataan berkata, serbuan dilakukan semalam hasil aduan Air Selangor.

Menurutnya, premis berkenaan didapati beroperasi dan berpenghuni semasa serbuan dijalankan.

“Hasil semakan, premis ini mempunyai meter bekalan air yang sah, namun semakan lanjut mendapati terdapat satu sambungan lain tanpa melalui meter menggunakan paip getah.

“Aliran air dari punca sambungan ini menuju ke dua unit tangki simpanan air sebelum digunakan untuk tujuan perniagaan di premis tersebut.

“Penyambungan ini didapati menyalahi undang-undang kerana ia dilakukan tanpa melalui meter bekalan air yang sah,” katanya.

Katanya, SPAN telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan dan tindakan pemotongan bekalan air yang tidak sah tersebut telah dilakukan serta merta.

Jelasnya lagi, operasi penguatkuasaan sebegini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak disyaki membuat sambungan bekalan air menyalahi undang-undang.

“Kes disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Orang ramai dipohon memaklumkan kepada operator air sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan termasuk mencuri bekalan air bersih,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI