fbpx

Guardiola sedia turunkan Phillips

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILLIPS berjaya menurunkan berat badan dan mendapat tahap kecergasan terbaik menyebabkan dia kembali mendapat kepercayaan Guardiola. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberi bayangan pemain tengah, Kalvin Phillips mungkin akan diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton malam ini.

Sebagai rekod, Guardiola meng­akui berang selepas melihat berat badan Phillips naik mendadak apabila pulang daripada tugas antarabangsa bersama skuad England pada kempen Piala Dunia 2022 baru-baru ini.

Namun, pengendali import dari Sepanyol itu menarik se­mula kenyataannya selepas bekas pemain Leeds United kini berjaya menurunkan berat badannya dan mula menyertai sesi latihan bersama skuad utama pada awal minggu ini.

“Tahap kecergasan Philips ketika ini cukup sempurna. Namun, saya masih belum membuat keputusan untuk menggunakan khidmatnya dalam kesebelasan utama pada aksi bertemu Everton nanti.

“Cuma, saya percaya keha­dirannya dapat memberikan pilihan berbeza buat kami khususnya di posisi jentera tengah memandangkan mustahil buat Rodri yang ketika ini menjadi pilihan utama bermain pada semua perlawanan.

“Justeru, cepat atau lambat saya akan tetap perlu menggunakan khidmat Philips dan dia bakal menjadi salah seorang pemain penting buat kami dalam usaha mendaki carta liga musim ini,” katanya.

Phillips yang berhijrah dari kelab Leeds United dengan nilai perpindahan sebanyak £42 juta (RM223.9 juta) pada jendela perpindahan lepas hanya membuat 54 minit penampilan bersama The Citizens musim ini ekoran sering dibelenggu kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI