fbpx

Gelang tangan disamun, wanita terima lima jahitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan darah di kawasan kaunter sebuah premis yang menjadi lokasi samun membabitkan seorang wanita dalam kejadian di Bandar Fajar, Tawau semalam. - Foto: Ihsan Pembaca

TAWAU – Seorang pembantu kedai terpaksa menerima lima jahitan di pergelangan tangan kirinya selepas menjadi mangsa samun lelaki bersenjatakan pisau pemotong kertas dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Fajar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa wanita berusia 33 tahun berkenaan dikatakan sedang bekerja di dalam premis seorang diri.

Bagaimanapun, sewaktu berada dalam premis, mangsa didatangi seorang lelaki tidak dikenali dianggarkan berusia 20 tahun yang memakai topi dan penutup muka kononnya ingin membeli barang di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek kemudiannya menuju ke kaunter di tempat mangsa berada seolah-olah ingin membayar barang yang diambil.

“Suspek seterusnya meragut gelang tangan yang berada dipergelangan tangan kiri mangsa sebelum melarikan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di pergelangan tangan kiri dan telah mendapat rawatan di hospital dengan lima jahitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata, sewaktu kejadian suspek didapati bersenjata pisau pemotong kertas.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI