fbpx

Dua nelayan warga asing diupah RM2,500 tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat nelayan yang ditahan di sekitar perairan Sungai Besar, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Dua warga asing memperoleh pendapatan RM2,500 sebulan bagi menangkap ikan di negara ini.

Perkara itu terbongkar selepas mereka dicekup bersama dua nelayan tempatan pukul 8.01 pagi semalam dalam rondaan bot Maritim Malaysia (APMM) menerusi Op Ehsan dan OP Benteng Laut kira-kira 3.2 batu nautika barat daya Sungai Besar di sini.

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, kesemua mereka berusia 32 hingga 57 tahun itu ditahan dalam sebuah bot nelayan kelas B1.

Katanya, siasatan mendapati dua warga asing telah bekerja sejak tiga bulan lalu.

“Pemeriksaan dijalankan selepas mendapati bot nelayan tempatan itu dilihat mencurigakan dan dipercayai sedang menangkap ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot dikendalikan dua lelaki tempatan itu membawa dua warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mereka melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran.

Siva Kumar menjelaskan bot dan semua lelaki itu dibawa ke Jeti Polis Marin Pulau Indah bagi tindakan lanjut.

“Kes itu disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

“APMM memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan di laut  dan akan terus melakukan rondaan di perairan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI