PETALING JAYA – Cuaca di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak diramal dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada 9 pagi ini.
Namun Kosmo! semalam melaporkan, penumpuan angin dijangka berlaku di persisiran utara dan tengah Sarawak, hari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan berkenaan.
Katanya, angin kencang timur laut juga telah memasuki rantau negara dan berpotensi membawa angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
“Sehubungan dengan itu, amaran hujan berterusan melibatkan negeri Sarawak berkuat kuasa sehingga 31 Disember (hari ini) manakala amaran angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan berkuat kuasa sehingga 5 Januari 2023,” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya – KOSMO! ONLINE