fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tiga negeri sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk tersebut diramal melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor iaitu di daerah Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan kawasan terlibat adalah Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin.

“Sementara di Melaka cuaca buruk sama dijangka melibatkan keseluruhan kawasan,” kata MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI