fbpx

Alhamdulillah, jangan lupa ‘naik’ mahkamah bulan depan – Adam Shahz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADAMZ mengucapkan tahniah buat bekas isterinya, Fatin Afeefa.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah atas pernikahan, cuma jangan lupa tarikh ‘naik’ mahkamah pada 26 Januari depan”.

Demikian maklum balas pelakon Adam Shahz kepada Kosmo! Online berhubung pernikahan bekas isterinya, Fatin Afeefa dengan jutawan pelaburan berusia 30-an, Aliff Awang, malam tadi.

Ditanya tentang perasaannya, bintang Juvana itu menegaskan lebih selesa memberi fokus terhadap perkembangan anak tunggalnya, perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, berbanding perkara lain.

“Saya enggan ulas apa-apa sebab kami tiada kaitan lagi, cuma apa pun saya sudah bersedia ke mahkamah bagi kes hak penjagaan Ivy selepas dua bulan tidak dapat berjumpanya.

“Saya bukan mahu berebut anak, hanya berharap jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak selain memberikan saya peluang bertemu Ivy.

“Ini pun baharu perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu, tetapi yang pasti saya akan tetap berjuang. Biar apa pun, saya akur kepada keputusan mahkamah,” ulasnya lagi.

Mengulas mengenai komen ‘pedas’ segelintir individu dalam laman sosial, Adam yang kini bercuti bersama keluarga di Thailand memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang melemparkan tohmahan terhadapnya .

Katanya, fitnah yang mendakwa perkahwinan Fatin membuatkan dirinya makan hati sengaja dibangkitkan golongan tertentu bagi memanaskan keadaan.

“Saya pun baru tahu nama saya sekali lagi dikuis dalam ruangan komen laman sosial dengan ada yang secara terang-terangan meninggalkan pelbagai tuduhan.

“Padahal saya kini bercuti bersama keluarga di Haadyai, Thailand sejak Khamis lalu, sekali gus tiada kaitan dengan mana-mana peristiwa.

“Nampaknya mereka semakin melampau dan jangan ingat peguam saya tak bertindak sebab ada penfitnah sebelum ini sudah terima notis tuntutan,” luahnya.

Bagi Adam atau nama sebenar Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, rangkaian komen yang konon menebak penerimaan buruknya berdepan berita membabitkan bekas isteri nyata sengaja mencetuskan prasangka buruk.

Sebelum ini perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercerai sekitar Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Ivy Herra Sophia, manakala sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI