fbpx

20,598 pesawah dapat manfaat Bantuan Khas Bernas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 20,598 pesawah di seluruh negara akan menerima manfaat daripada Bantuan Khas Padiberas Nasional Bhd (Bernas) bagi tahun 2022.

Perkara itu diumumkan Menteri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mohamad berkata, setiap pesawah akan menerima bantuan sebanyak RM250 seorang dan buat permulaan ia akan diagihkan kepada pesawah di tiga negeri dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang membabitkan bantuan sebanyak RM10 juta.

“Pesawah di negeri-negeri lain pula akan menerima bantuan itu apabila baki bantuan khas Bernas berjumlah RM50 juta disalurkan.

“Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari ini.

“MAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar,” katanya.

Pada awal Disember lalu, Bernas bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyalurkan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI