fbpx

Tanah mendap di Ampang sudah dibaik pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja membaik pulih jalan mendap di Jalan AU 3/1, Taman Keramat, Ampang.

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengarahkan Syarikat Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd. (PNCSB) untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan di kawasan mendapan tanah di Jalan AU3, Taman Keramat, Ampang semalam.

Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, pihak PNCSB juga telah diminta untuk mengemukakan laporan terperinci kepada MPAJ mengenai kejadian tersebut.

“Hasil pemeriksaan semalam mendapati berlaku mendapan tanah di lokasi Projek Pembinaan Rangkaian Paip Pembentungan Bunus Kuala Lumpur (Reka dan Bina) D44 di bawah Projek Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Syarikat Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd. (PNCSB) oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan.

“Mendapan tanah berlaku semasa kerja-kerja pembicuan paip (pipe jacking) dijalankan di bawah Jalan AU3 dan punca kejadian disebabkan oleh ketidakstabilan struktur tanah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, jalan tersebut juga telah ditutup semalam bermula pukul 3.45 petang sehingga 8.30 malam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan untuk dilaksanakan.

“Memandangkan kerja-kerja pembaikan telah selesai, maka terkini, jalan tersebut telah dibuka semula untuk pengguna jalan raya dengan pemantauan oleh pihak kontraktor di tapak.

“Menurut pihak PNCSB, kerja-kerja membaik pulih jalan seperti sedia ada akan dilaksanakan setelah semua kerja-kerja penanaman paip bagi projek yang dijalankan di lokasi siap sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI