fbpx

Maybank siasat dakwaan kebocoran data pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Malayan Banking Bhd. (Maybank) sedang menyiasat dakwaan berlaku kebocoran data membabitkan pelanggannya seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Maybank dalam hantaran di Twitter berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan sedang mengenal pasti sama ada perkara itu benar ataupun tidak.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak mengalami sebarang pelanggaran data.

“Kami menerapkan keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan data yang kukuh untuk melindungi keselamatan, privasi dan integriti data serta sistemnya,” ciapnya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Telekom Malaysia Berhad (TM) mendapati seramai 250,248 pelanggan Unifi Mobile terdiri daripada pelanggan individu dan juga perusahaan kecil dan sederhana terjejas dalam kebocoran data.

Jelasnya dalam satu kenyataan hari ini, data yang dibocorkan hanya melibatkan nama pelanggan, nombor telefon dan e-mel.

“Kami telah memaklumkan pelanggan yang terjejas, manakala bagi sesiapa yang tidak menerima sebarang notis, mereka tidak terkesan dengan perkara ini.

“Kebocoran data itu telah dibendung dan pihak kami telah mengambil langkah untuk meminimumkan potensi impak kepada 250,248 pelanggan-pelanggan tersebut.

“Perkara ini juga telah dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan iaitu Pusat Penyelarasan Siber Negara, Jabatan Privasi dan Perlindungan Data serta SKMM,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) menyiasat satu dakwaan berlaku kebocoran data melibatkan kira-kira 13 juta rakyat Malaysia.

Difahamkan, data-data tersebut merupakan milik pengguna syarikat swasta dan agensi milik kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI