fbpx

Lebih 10,000 guru di Jepun alami masalah mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru pendidikan jasmani sedang mengajar di bilik darjah sebuah sekolah di Tokyo, 22 November lalu. - AFP

TOKYO – Bilangan guru sekolah awam di Jepun yang mengambil cuti selama sebulan atau lebih kerana mengalami masalah kesihatan mental mencecah lebih 10,000 orang buat kali pertama pada tahun akademik 2021, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Jepun pada 26 Disember lalu.

Bagi tahun persekolahan 2021, seramai 10,944 guru sekolah awam mengambil cuti panjang selama sebulan atau lebih kerana masalah kesihatan mental termasuk kemurungan. 

Ia merupakan peningkatan sebanyak 15.2 peratus atau 1,448 orang berbanding tahun akademik sebelumnya. 

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun percaya bahawa punca keadaan itu adalah masa bekerja yang panjang. 

Ia merupakan masalah berterusan di sekolah selain di samping isu peningkatan beban kerja guru muda.

Tinjauan tersebut melibatkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun. 

Sementara itu, daripada 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang tersebut, seramai 5,897 tenaga pengajar mengambil cuti lebih 90 hari, yang merupakan had am cuti sakit diperuntukkan kepada mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN