fbpx

UMNO Perak belum buat keputusan isu pemilihan Presiden, Timbalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani bercakap pada sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar Perak di Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – UMNO Perak belum membuat sebarang keputusan berhubung isu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sedang hangat diperkatakan menjelang pemilihan parti itu tahun hadapan.

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mereka sebaliknya akan berbincang mengenai perkara tersebut terlebih dahulu menerusi mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri pada 8 Januari depan.

“UMNO Perak belum buat keputusan kerana kita akan mengadakan mesyuarat pada 8 Januari. Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan bermesyuarat pada 5 Januari iaitu Khamis depan.

“Kita akan bincang dalam majlis tertinggi dulu, tengok keadaan dia sebab ia ada pro dan kontra. Ada orang kata bagus, ada kata tak bagus. Kita tengok keadaan dulu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, Saarani berkata, UMNO Perak tidak menerima apa-apa arahan daripada mana-mana pihak untuk membuat keputusan sama ada kedua-dua jawatan itu perlu dipertandingkan atau tidak.

Katanya, hanya ada satu pandangan berhubungan perkara berkenaan iaitu yang dicetuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bahawa jawatan tersebut tidak perlu dipertandingkan.

Ini kerana, beliau berkata, Jamal berpandangan bahawa parti tersebut masih berada dalam keadaan tidak stabil, justeru ia tidak wajar dipertandingkan pada pemilihan UMNO kali ini.

“Bagaimanapun, saya percaya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dah jelaskan dalam wawancara baru-baru ini bahawa sebagai seorang demokrat, beliau tidak mahu menyekat (daripada mempertandingkan jawatan presiden, timbalan presiden),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI