fbpx

Hangat sensasi dunia K-pop 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKAHWINAN pasangan BinJin, gerakan solo BTS, kemasukan Jin ke latihan ketenteraan wajib serta populariti global New Jeans antara yang mengisi kehangatan dunia hiburan K-pop sepanjang 2022.

DUNIA hiburan K-pop tidak pernah lekang dengan pelbagai kisah mengujakan sepanjang tahun 2022, tidak kira sama ada melibatkan isu percintaan, kontroversi, kes mahkamah dan hal tular.

Paling menjadi sorotan tahun ini pasti­nya perkahwinan pasangan Crash Landing on You, Hyun Bin dan Son Ye-jin yang dicemburui seluruh peminat global.

Mengimbau sepintas lalu, berikut merupakan beberapa kepanasan dari negara kimchi yang singgah dalam penge­tahuan peminat seni hiburan tanah air.

Kebangkitan ‘rookie group’

TAHUN 2022 cukup meriah dengan kehadiran banyak grup baharu atau disebut ‘rookie’ dalam kalangan peminat K-pop.

Nama New Jeans pastinya yang paling menyerlah apabila lagu mereka, Cookie, Attention dan Hype Boys mendominasi carta dan paling hebat mencipta trending luar biasa dalam media sosial khususnya TikTok.

KUMPULAN IVE

Selain New Jeans, kumpulan LE SSERAFIM juga antara yang mendapat tumpuan global dengan lagu baharu mereka, Fearless dan Anti Fragile.

Turut menyertai senarai, kumpulan IVE yang mencipta fenomena dengan lagu After Like termasuk beberapa kisah sensasi membabitkan ahlinya iaitu Wonyoung, Gaeul dan Leeseo.

Dominasi BTS, gerak solo, masuk tentera

KUMPULAN fenomena BTS kekal mendominasi dunia K-pop dengan memenangi pelbagai pencapaian pada tahun ini.

Bagaimanapun, 2022 sedikit suram bagi peminat apabila BTS mengumumkan tempoh berehat untuk memberi laluan kepada projek solo masing-masing.

Paling utama adalah untuk memberi laluan kepada ahli memulakan latihan ketenteraan wajib yang diawali dengan Jin pada 13 Disember lalu selaku anggota tertua.

Sebelum itu, beberapa ahlinya mencipta rekod peribadi dalam kerjaya solo apabila Jungkook melakar sejarah menjadi artis K-pop pertama menyanyikan lagu rasmi FIFA untuk Piala Dunia Qatar 2022, Dreamers.

Sementara J-Hope dan RM pula masing-masing muncul dengan album solo pada tahun ini.

Mahligai selebriti popular

SEPERTI melawan resam dunia hiburan Korea Selatan yang sebelum ini sangat menjaga privasi tentang hubungan artis, tahun ini sebaliknya yang berlaku apabila ramai selebriti mendirikan rumah tangga.

Diawali dengan pengumuman perkahwinan pasangan BinJin (Hyun Bin dan Son Ye-jin) pada Januari lalu, mereka kini sudah bergelar ibu bapa buat seorang putera yang dilahirkan pada 27 November.

PASANGAN serasi, Park Shin-hye dan Choi Tae-joon kini memiliki seorang anak lelaki.

Turut sama membina mahligai bahagia, pasangan popular Park Shin-hye dan Choi Tae-joon juga selamat bergelar suami isteri pada 22 Januari lalu. Pasangan itu menimang cahaya mata lelaki pada Mei.

Selain BinJin, Shin-hye dan Tae-joon, beberapa selebriti popular lain seperti Jiyeon T-ara, Lee Haeri Davichi, Son Dam-bi, Gong Hyo-jin, Jang Nara dan Nam Goong-min turut mendirikan rumah tangga.

Layanan buruk agensi

DUNIA hiburan K-pop tahun ini mengejutkan peminat kerana berlakunya beberapa skandal melibatkan artis idola dan agensi pengurusan seperti dialami kumpulan OMEGA dan terbaharu, Chuu daripada LOONA.

OMEGA menerima layanan teruk daripada ketua agensi apabila tular video mereka dimarahi serta dipukul ketika di belakang pentas sewaktu konsert di Los Angeles sekitar Oktober.

CHUU LOONA

Sementara Chuu pula ditendang keluar daripada LOONA selepas agensi mendakwa dia berkelakuan biadab dan salah guna kuasa.

Sebaliknya Chuu tampil mempertahankan diri dengan berkata, dia tidak akan melakukan sesuatu yang memalukan diri dan peminatnya.

Nama besar ‘comeback’

DI sebalik kehangatan kehadiran bakat baharu, kehadiran nama-nama besar K-pop masih ditagih peminat setia sehinggakan tahun ini menyaksikan beberapa kumpulan kembali bernafas.

Kumpulan 2NE1 dan Girls’ Generation membuat kemunculan semula apabila tampil aktif mengadakan dan menghadiri persembahan besar.

KUMPULAN 2NE1 mengujakan peminat apabila tampil di pentas Coachella pada April lalu.

2NE1 yang bubar pada 2016 membuat kejutan apabila muncul lengkap sebagai sebuah kumpulan apabila tiga bekas ahlinya, Dara, Park Bom dan Minji menyertai CL di pentas Coachella pada April lalu.

Sementara Girls’ Generation pula meraikan 15 tahun dalam industri termasuklah kumpulan KARA yang turut kembali aktif pada tahun ini.

Nasib Kris Wu, Seungri

BEKAS kumpulan EXO, Kris Wu dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Beijing atas kesalahan merogol wanita termasuk remaja bawah umur.

Kes mahkamah membabitkan penyanyi dan pelakon popular kelahiran China itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu.

Nasib hampir sama turut menimpa anggota Big Bang, Seungri apabila dia menerima hukuman penjara selama 18 bulan akibat kesalahan melibatkan skandal pelacuran dan judi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI